kalimat zaman

Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Archive for Oktober 2007

Skandal Video Klip Lingam – Fairuz : Kerajaan Masih Cuba Menutup Bangkai

without comments

gambar-vk-lingam-eusof-chin.jpg

Gambar VK Lingam, Eusoff Chin (bekas Ketua Hakim) dan Vincent Tan, dipercayai pada satu percutian pada 1994 di luar negara yang dikhuatiri mempunayai elemen rasuah

Nampaknya sikap kerajaan terus berdolak dalik dalam menyelesaikan dan menanggani skandal video klip kehakiman yang telah didedahkan oleh Dato` Seri Anwar Ibrahim bulan lalu.  

Tindak-tanduk kerajaan BN ini adalah seperti menutup bangkai yang amat busuk dengan daun pisang. Walaupun fizikalnya sistem kehakiman negara cuba dilihatkan cantik tetapi hanyir kebobrokan sistem kehakiman tersebar diserata tempat , menyebabkan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman negara meluntur.

Malahan dibimbangi bangkai ini telah bertukar menjadi wabak penyakit yang merebak keseluruh negara. Sikap kerajaan dalam menanggani hal ini juga menampakkan keruntuhan moral dan akhlak kepimpinan dengan menggunakan instrumen kerajaan untuk menekan pendedah maklumat.     

Sehingga kini kerajaan masih tidak berani menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal ini, sebaliknya menubuhkan panel bebas yang tidak punya kuku untuk berbuat apa-apa.

Sedangkan cukup jelas dalam kes sebelum ini seperti tumbukan Rahim Nor sehingga mencederakan Anwar pada 1998 hanya dapat dibuktikan setelah ditubukan Suruhanjaya Diraja.    

Badan Pencegah Rasuah (BPR) pula bertindak seolah-olah sebagai pencacai penlindung penjenayah dengan mengertak dan mengugut pendedah dan pelapor penyelewengan seperti Anwar, Sivarasa dan Sim Tze Zin.  

BPR sewajarnya bertindak diluar kerangka politik kepartian telah kelihatan seperti alat parti-parti tertentu untuk menutup kes ini dengan menyoal kejujuran Anwar, yang tidak mahu menyerahkan klip asal tersebut. Sedangkan pegawai BPR yang telah mengaturkan pertemuan dengan Anwar untuk mengambil salinan tersebut tidak hadir dan menyatakan ada arahan atasan untuk tidak mengambil klip tersebut.  

Tindakan BPR melalui Ketua Pengarahnya Ahmad Said Hamdan, jelas berbelit-belit dan berputar dengan alasan teknikal. Inilah bahananya BPR yang terus duduk diketiak orang politik dan tidak bebas.  

Kabinet kerajaan terus sepi mengulas isu ini, hanya Nazri Aziz dan Zainuddin Maidin mengeluarkan keyataan penafian yang menjelaskan kebodohan mereka.  

Kerajaan perlu berani mendedahkan kebenaran dan jangan berdolak dalik lagi. Segera tubuhkan Suruhanjaya Diraja, berani kerana benar. Abdullah Badawi.

Written by amirsari

Oktober 30, 2007 at 11

Dikirim dalam Politik

Mahu lagi mempertahan ISA ?

without comments

images.jpg

Kira – Kira jam 12 tengahari, 18 Oktober 2007, di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta maka berkata Datuk Hishamuddin Yunus:

Jabatan Cawangan Khas pasukan polis bukan sahaja perlu bersikap berkecuali tetapi tetapi juga perlu dilihat berkecuali dan tidak memihak kepada sesiapa. Termasuk dalam politik.

“Amalan apa juga jenis penderaan patut ditentang. Perlakuan keji Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor, adalah memalukan dan tidak boleh diterima. Beliau memberikan contoh amat buruk kepada beribu anggota di bawah tadbirannya.

“Amalan mendera tahanan oleh polis tidak pernah dan tidak akan disokong oleh mahkamah. Mahkamah perlu menunjukkan kebenciannya terhadap perbuatan itu,”

Ini sebahagian kata-kata hakim tersebut sewaktu membenarkan saman Abdul Malek Husin kepada ASP Borhan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia. RM 2.5 juta diberikan sebagai ganti rugi.

Keputusan ini menyediakan satu lagi titik penting untuk meneruskan usaha menghapuskan undang-undang tidak bertamadun ISA. Keputusan ini juga membuktikan kebimbangan dan kecurigaan ramai pihak ISA hanya sebagai senjata politik kerajaan mempertahan kuasa. Bukan untuk keselamatan negara.

Tapi bagi mereka yang telah bebal sebagaimana Zam, mereka akan tutup telingga dan rela menutup kebenaran. Bagi mereka yang penting kuasa harus terus ditangan mereka.

Bagai kisah video CJ Gate (VK Linggam),  inikan satu bukti yang terang buat mereka bagaimana mahkamah, kehakiman telah ditunggang oleh manusia yang rakus. Tapi jelasnya mereka terus melelong kesana-kemari, begitulah juga halnya dalam pembuktian kes mahkamah ini.

Sudahlah jangan berdolak dalik lagi…ISA memang kejam dan perlu dihapuskan la baghal.

Written by amirsari

Oktober 19, 2007 at 3

Dikirim dalam Politik

Tayangan Perdana Aidilfitri 2007

with 2 comments

poster_pru_filem.jpg

Salam lebaran, seperti biasa Aidilfitri akan dipenuhkan dengan tayangan filem-filem yang box office dan disukai ramai. Tapi filem ini cukup jadi perbualan tapi tiadak mendapat tempat dipawagam. Cukup lama filem ini berlangsung, 9 tahun tidak selesai-selesai dan ianya tidak dapat diselesaikan selagi memberi kuasa pada Umno-BN.

Kisah tulang-belulang negara yang dimamah dan digigit rakus..

  a_taknak_bn000.jpg

poster filem-filem lain boleh dapatkan disini

Written by amirsari

Oktober 10, 2007 at 11

Dikirim dalam Politik

Gegar Permatang Pauh & Cherok To`Kun

without comments

gambar-amk.jpg

Pada 29hb September 2007 yang lepas Angkatan Muda Keadilan Zon Utara telahpun melancarkan Jentera Pilihanraya Umum AMK secara rasmi. AMK Zon Utara yang merangkumi AMK Negeri Perlis, AMK Negeri Kedah, AMK Negeri Perak dan AMK Negeri Pulau Pinang, telahpun melaksanakan program pelancaran jentera ini di Galeri Pejuang, Cherok To’kun Pulau Pinang.

Signifikan pelancaran ini di Pulau Mutiara adalah bersesuaian dengan kondisi politik Pulau Pinang yang semakin hari semakin memihak kepada KeADILan dan pembangkang amnya. Pulau Pinang yang merupakan salah sebuah negeri tumpuan KeADILan juga adalah negeri dimana terletaknya kerusi Parlimen tunggal yang dimenangi KeADILan dalam PRU 2004 lepas iaitu Parlimen Permatang Pauh dimenangi oleh Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Program sempena pelancaran jentera ini diisi dengan pelbagai pengisian termasuklah program edaran risalah yang diedarkan ke beberapa tapak Bazar Ramadhan di sekitar Bukit Mertajam dan Permatang Pauh. Edaran yang dilakukan di kawasan Pasar Ramadhan Seberang Jaya, Taman Pauh, Alma, Perda dan Kubang Semang. Pasar Malam Kota Permai dan Permatang Pauh itu antara lain menyaksikan pengedaran risalah Agenda Ekonomi Malaysia, risalah berkala AMK Suara Anak Muda dan juga terbitan berkala KeADILan Pulau Pinang, Mutiara Keadilan. Sokongan yang ditunjukkan masyarakat melalui penerimaan positif risalah-risalah tersebut adalah amat diluar jangkaan.

Kekuatan ahli AMK yang bergerak mengedarkan risalah dianggarkan 200 orang merangkumi Exco Pusat dan gerak kerja jentera PRU AMK Zon Utara.

Bertempat di Masjid Cherok To’ Kun, gerak kerja AMK telah mengadakan aktibiti berbuka puasa bersama masyarakat setempat, Solat Maghrib, Isya’ dan Terawih berjamaah bersama masyarakat setempat.

Program diteruskan pada jam 10 malam bertempat di Galeri Pejuang yang dianggarkan berjaya menarik 1000 pengunjung. Pengisian program merangkumi Pentas Angkatan Muda yang menampilkan tokoh-tokoh di dalam AMK menyampaikan ceramah umum menjelaskan perkara dan isu-isu setempat kepada rakyat.

Antara yang turut berceramah adalah S. Kesavan (pen s/u amk pusat), Anuar Zakaria (ketua amk perak), Saiful Izham Ramli (ketua amk kedah), Dr. Azhar Ahmad (ketua amk penang), Nik Nazmi (exco amk pusat), Tan Seng Toh (naib ketua amk pusat), Amirudin Shari (naib ketua amk pusat), Fariz Musa (timb ketua amk pusat) dan Shamsul Iskandar (Ketua amk pusat).

Program Pentas Angkatan Muda diakhiri dengan perasmian dan amanat yang disampaikan oleh Datin Seri Dr Wan Azizah. Beliau di dalam ucapannya merakamkan setinggi penghargaan kepada AMK Zon Utara atas gerak kerja yang konsisten dan beliau menyatakan kesungguhan beliau betapa sinar KeADILan di Pulau Mutiara dan Zon Utara seluruhnya begitu memancar.

Program pelancaran diteruskan dengan bacaan Ikrar oleh AMK Zon Utara diketuai oleh Sdr Azman Nasrudin (Timb ketua amk kedah), disusuli dengan upacara simbolik perasmian Jentera dibuat oleh Datin Seri Presiden.

Program malam itu diakhiri dengan tayangan video konspirasi perlantikan hakim yang didedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 September lepas yang mencetuskan pelbagai kontroversi dan mengundang kekeliruan dan kemarahan rakyat.

Pendedahan melalui tayangan video itu,meskipun menjangkau jam 12 tengah malam, ditunggu dengan penuh khusyuk oleh para pengunjung yang ingin mengetahui sendiri apakah sebenarnya yang terkandung di dalam video tersebut.

Jelas, perlaksanaan program ini berjaya menepati sasaran dan menampakkan sinar gemilang KeADILan di Zon Utara. Tahniah buat AMK Zon Utara!

Written by amirsari

Oktober 3, 2007 at 11

Dikirim dalam Politik, Uncategorized