Archive for September 2007
AMK Gempur Sabah
Hujung minggu lepas (22-24/ september) Angkatan Muda keadilan mengempur negeri Sabah terutama wilayah tengah. Ketua AMK, Shamsul Iskandar, Timbalan Ketua Faris Musa , Ketua Penerangan Lau Teck Hai dan saya bersama-sama AMK Sabah mengiatkan kempen dan kesedaran kepada masyarakat di Sabah.
22/ 09
Dialog bersama AMK Sabah
23 /09
- Pagi- Shamsul Iskandar. Salahudin Ayub & Lau teck Hai mengetuai Sebaran risalah di Bandar Kota Kinabalu, 800 rislah Agenda Ekonomi Malaysia bersama 3000 risalah BA negeri habis diedar dalam masa kuran 1 jam bersama-sama lebih kuran 100 jentera
- Tengahari -Shamsul dan Lau ke Pulau Penyu & Mengatal untuk ceramah kelompok yang dihadiri kira-kira 200 orang masyarakat setempat.
- Malam – Shamsul, Salahudin Ayub dan Lau berceramah di Tuaran yang dianggarkan kehadiran sebanyak 1000 orang.
Sementara itu Saya di tanggungjwabkan ke Keningau untuk berceramah di Kampung Biah Ansip yang terletak di Dun Sook. Saya berceramah bersama Naib Presiden Keadilan, Dr Jefrey Kitinggan dengan dihadiri kira-kira 130 penduduk Kampung. Kawasan tersebut yang didiami masyarakat murut kelihatan begitu mundur. Pelbagai perkara yang di bangkitkan mereka terutama masalah kemudahan asas seperti air dan jalan yang masih tidak sempurna. Dibangkitkan juga masalah tanah adat yang menjadi masalah utama di Sabah dan Sarawak. Penduduk yang telah mengusahakan tanah terbabit berkurun-kurun dan memohon selama puluhan tahun masih tidak mendapat hak milik kekal. Dan banyak terjadi syarikat yang besar datang lalu dengan mudah diberikan hak mengusahakan tanah terbabit. Inilah hasil yang diperolehi oleh mereka selama ini mengundi BN.
Mood mereka lebih memihak Keadilan sekarang, terutama kerja keras jentera pilihanraya keadilan yang berterusan mengadakan ceramah dan kesedaran di DUN berkenaan.
Saya mengambil kesempatan untuk menghurai sedikit tentang Agenda Ekonomi Malaysia dan peristiwa Batu Burok. Mereka sungguh terkejut dengan kisah mereka yang cedera ditembak dan kronologi sebenar kes terbabit. Ternyata propaganda RTM yang menggelapkan telah menyebabkan rakyat kebingungan.
Sementara itu Faris Musa ke Sandakan untuk bertemu pengundi dan berceramah serta berdialog dengan mereka.
24/09
Kami bersama AMK Sabah menghantar memorandum ke Badan Pencegah Rasuah (BPR), berkenaan kes laporan Audit yang melibatkan bayaran berlebihan dan tidak mengikut prosedur dalam pembinaansebuah dewan oleh Majlis Daerah Kota Belut, sehingga kerajaan terpaksa membelanja hampir RM 1 juta untuk membayar perundin.
Tidak ketinggalan kami membangkitkan kes video VK Linggam yang telah begitu merisaukan Umno-BN. Kami disambut baik oleh Pengarah BPR Negeri, Puan Latifah dan sempat bertukar-tukar fikiran bagaimana meningkatkan keupayaan masyarakat membenteras rasuah.
Selepas itu kami ke Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri menyerahkan memorandum Bersih terutama melibatkan 3 tuntutan jangka pendek-
1. Pemurnian daftar pemilih
2. Penggunaan dakwat kekal
3. Penghapusan undi pos
3 hari yang cukup padat buat kami dan lepas Raya insyallah kita akan kembali ke Sabah mengempur wilyah Timur pula. .
Add comment September 25, 2007
Gegaran Ramadhan
Ramadhan tahun ini bermula dengan gegaran. 1 Ramadhan di negara jiran Indonesia berlaku gegaran gempa bumi sekuat 8.4 skala ricther, beberapa kawasan di Malaysia turut merasai gempa tersebut.
Politik Malaysia turut bergegar malahan sebelum Ramadhan lagi. Bermula dengan peristiwa berdarah Batu Burok, di mana dua orang cedera ditembak peluru hidup dan adegan bakar bendera, peristiwa ini telah mengemparkan semua pihak. RTM dan media milik pemerintah telah memutar belit keadaan lalu cuba membingkai barisan oposisi sebagai punca masalah Batu Burok. Media yang sewajarnya jadi agen pembuka kebenaran telah digelapkan oleh serakah nafsu kekuasaan. Berita peluru hidup yang digunakan oleh pihak polis, sumber gambar orang bakar bendera dan pendedahan Mustapha Ali bahawa setiausaha Pak Lah, Wan Farid terlibat merancang peristiwa Batu Burok, telah digelapkan, dihilangkan oleh orang yang hilang akhlak dan etika, walau sering mengaku wartawan sejati.
Tidak cukup dengan itu laporan Audit Negara telah membuka pekung ketidak cekapan pemerintah. Dari pembelian bahan-bahan latihan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dengan harga yang melampau tinggii hinggalah pembelian kapal peronda Marin yang bernilai jutaan ringgit. Desakan masyarakat dan kebingunggan mereka tidak terjawap dan mungkin dilupakan oleh masa. Laporan dan desakan – desakan ini hanya akan didiamkan sebagaimana yang lepas-lepas.
Minggu ini ada lagi gegaran, Institusi yang sewajarnya menjadi benteng akhir keadilan, badan perundangan dan kehakiman, cedera teruk kreadibilitinya. Anwar Ibrahim, ketua umum Parti keadilan mendedahkan, rakaman video peguam senior, Vk Linggam yang dikatakan menghubunggi Ketua Hakim sekarang, Fairuz dalam hal penentuan kes mahkamah. Ini satu kes serius, kes-kes kehakiman dan keadilan tidak ditentukan berdasarkan lunas-lunas fakta dan keterangan sebaliknya penentuan siapa punya kuasa law of the jungle, ikuti rakaman yang telah diperhati seluruh dunia, Video Yang Mendedahkan Korupsi Tun Ahmad Fairuz (CJ Gate). Seperti cerita-cerita kontroversi lain akhbar berbahasa melayu masih lagi tidak melaporkan berita sebesar ini lihat komen teman di kedah, yang saya 120% setuju ( akhbar melayu memariahkan dan kehaprakan akhbar melayu).
Semalam juga pendedahan DNA menunjukkan mayat kanak-kanak yang dibunuh dan didera secara seksual adalah adik Nurin Jazlin, kanak-kanak yang hilang sebulan lalu, keluarga belum mahu menerima. Kes ini memang menyayat hati semua namun isu yang harus kita fikirkan hal keselamatan dalam negara yang meruncing.
Melihat jumlah anggota polis dan peruntukan belanjawan yang tinggi untuk pasukan keselamatan, hal keselamatan sewajarnya bukan menjadi isu. Apakah polis kita banyak memantau ceramah dan menghalang ceramah pembangkang dari memburu penjenayah yang membunuh, merogol dan mencederakan orang awam?
Add comment September 21, 2007
Siapa Lemas ? Shabeery
Maka berkata seorang yang telah melompat 3 parti, pembangkang berada dalam keadaan kelemasan, lalu membuat ‘rusuhan’.
Batu Burok, telah menjadi saksi, siapakah yang sebenarnya kelemasan dalam asakan bertubi dan pelbagai penjuru yang dibuat oleh pembangkang ke atas kreadibiliti kerajaan ‘tidur’ Pak Lah.
Sebab itu mereka mula mengambil tindakan demi tindakan untuk menghalang, wujudnya penganti kepada kerajaan lembek dan tidak berdaya saing ini.
Serangan berjurus – jurus yang timbul (Altantunya, 500 juta Sukhoi, Tansmile, Maika, pemutar skru paling mahal di dunia, dendedahan chauvanistik Umno, gaji minima hingga soal makro ekonomi;penduduk Malaysia lebih miskin 5 x ganda dari rakyat Singapura) telah mengugah pengundi bangsa tionghua untuk mereng kepada pembangkang pada keadaan sekarang, mungkin hingga pilihanraya umum nanti.
Dengan undi melayu yang masih terbelah 2 dan pengundi bangsa Cina yang bertukar angin, Umno-BN yang patut gelabah dan gentar.
Atas alasan itu ada yang percaya, undi Cina hanya boleh ditenteramkan dengan menimbulkan ketakutan kepada mereka. Majoriti masyarakat Cina terlibat dengan perniagaan, mereka mahukan keadaan stabil untuk terus hidup, tidak ketinggalan asakan Umno yang sering mengungkit-ungkit 13 Mei.
Modal 13 Mei mulai runtun, mereka perlu membuat helah baru, apalagi jika tidak gunakan kisah kebangkitan rakyat 1998, dengan harapan Cina bimbang kekalutan timbul maka mereka terus undi BN.
Umno dan BN teruskanlah, semakin kamu buka kisah 98, banyak lagi kisah tertutup dalam peristiwa itu terbuka. Hanyir busuk kereputan dan nanah pemerintahan BN telah tidak dapat dihadang bau pandan lagi.
Arus maklumat kepada rakyat akan terus mengalir, AMK akan menyebar risalah pada Ramadhan nanti. Bermula di Permatang Pauh (29/09) hingga ke Sabah dan Sarawak. Kebenaran ibarat air yang mengalir ! Shabeery.
Add comment September 11, 2007
Janji Keadilan Dengan Rakyat
KUALA LUMPUR, 5 September : KeADILan melancarkan dokumen “Perjanjian KeADILan untuk Rakyat Malaysia” di lobi Parlimen , semalam.
Dokumen tersebut dilancarkan oleh Presiden KeADILan, Wan Azizah Ismail pada jam 11.30 pagi.
Turut bersama beliau semasa pelancaran tersebut ialah Setiausaha Agung KeADILan, Abdul Khalid Ibrahim dan Bendahari Agung, William Leong.
Wan Azizah memberitahu bahawa dokumen itu merupakan satu rujukan bagi bajet kewangan yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.
“Malaysia memerlukan suatu pendekatan baru bagi memastikan rakyat menikmati pembahagian kekayaan dengan adil,” katanya.
Menurutnya, walaupun setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan tetapi hakikatnya daya saing ekonomi negara semakin menurun berbanding negara yang setaraf dengan Malaysia seperti Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.
“Kita tidak seharusnya membandingkan dengan negara yang lebih miskin daripada negara kita, sebaliknya perlunya perbandingan negara yang setaraf dengan kita,” jelasnya.
Sementara itu, Abdul Khalid menegaskan bahawa tindakan afirmatif mesti berasaskan keperluan bukan warna kulit dan bantuan perlu ditumpukan kepada golongan berpendapatan rendah.
“Agenda Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum KeADILan, akan mewujudkan pendapatan setiap lapisan masyarakat menjadi lebih baik,” katanya.
Beliau memberitahu agenda ini merupakan satu usaha untuk merakyatkan ekonomi.
“Matlamat akhir adalah untuk mewujudkan kelas menengah yang lebih besar dengan mengecilkan kelas atasan dan rendah” jelasnya.
Menurutnya lagi, Agenda Ekonomi Baru ini juga adalah satu usaha menjadikan pengagihan kekayaan negara dilakukan secara adil.
“Apa yang berlaku dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah ketidak samarataan pengagihan kekayaan negara,
sebagai contoh Terengganu dan Sabah kekal antara negeri paling mundur sekalipun mempunyai hasil petroleum,” ujarnya.
Abdul Khalid menegaskan bahawa DEB tidak menghapuskan kemiskinan di mana data peratus rakyat miskin berkurangan sebahagian besarnya disebabkan garis kemiskinan diturunkan.
“Perpaduan juga tidak mungkin dapat diwujudkan melalui pendekatan ekonomi yang menindas satu segmen masyarakat,” tambahnya.
Beliau turut menafikan yang agenda ini merugikan orang melayu kerana rakyat Kelas Menengah dan berpendapatan rendah akan mendapat manfaat sebenar pembangunan dan kekayaan negara tanpa mengira kaum.
“Yang akan rugi hanya kelas atasan Melayu yang memperalatkan status Melayu untuk meraih keuntungan peribadi dan disebabkan perkara inilah golongan elit politik tersebut yang paling kuat menentang usaha ini,” jelasnya.
Willian pula menegaskan bahawa penswastaan juga menyumbang kepada berlakunya jurang kemiskinan yang tinggi dalam masyarakat.
“Kegagalan penswastaan ini diakui sendiri kegagalannya oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF),” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa melalui perjanjian ini pendidikan menyeluruh dan peluang untuk semua akan diperkenalkan.
Di akhir pelancaran dokumen tersebut Wan Azizah berharap rakyat Malaysia akan menerima konsep Agenda Ekonomi Baru ini supaya faedah dan kekayaan negara dapat dinikmati semua.
Katanya, dasar tersebut akan digunapakai jika KeADILan diberi kepercayaan dan peluang untuk menerajui kepimpinan negara dalam pilihan raya akan datang.
Turut hadir dalam pelancaran tersebut ialah Naib Presiden KeADILan Sivarasa Rasiah, Timbalan Setiausaha Agung KeADILan Abdul Halim Mohd Yusof, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Naib Ketua AMK Amiruddin Shari
Add comment September 6, 2007
