Archive for Ogos 2007

Lagu Namewee Hina Islam?

namewee-negarakuku.jpg

Kenyataan yang saya keluarkan dua minggu lalu menimbulkan bermacam reaksi. Isu lagu rap Namewee yang berlatarkan lagu kebangsaan juga masih panas dibicarakan. Hari ini dan samalam akhbar utusan dalam ruangan forum/surat pembacanya menyiarkan banyak sekali pandangan melalui surat yang amarah dan seolah-olah adanya pengolahan persetujuan agar Namewee diambil tindakan.

Malam semalam juga di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, saya, Khalid Jaafar, Amin Idris dan Hishamudin Rais terlibat dalam forum anjuran Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat membincangkan hal ini, malam sebelum itu DAP turut membincangkan hal yang sama.

Namewee sedikit sebanyak telah mencetuskan sesuatu, cumanya reaksi dan maklum balas yang dibuat oleh pimpinan politik dan masyarakat, menunjukkan ramai dari kita tidak mahu dan malas untuk berfikir secara waras. Semuanya menunggu guru atau master bicara dan yang lain akan mengekor atau membuntut kata tuan-tuan besar ini. dengan ketutupan media hal ini pasti membenihkan suatu yang tidak matang kerana diskusi dan perbincangan jadi sehala.

Secara mudah ada 4 Mazhab reaksi terhadap lagu Namewee

1. Ambil tindakan/ marah / kecewa kerana menghina lambang negara (lagu kebangsaan)

2. Ambil tindakan/ marah / kecewa kerana menghina agama

3. Jangan ambil tindakan, kerana lambang negara yang di gubah semula oleh Namewee adalah juga satu gubah suai dari mamula moon. Perbincangan mazhab ini akan membenihkan idea kita perlu membiana unsur negara yang baru atau tidak perlu langsung.

4. Jangan ambil tindakan, kerana keresahan Namewee dalam sebahagian isu yang dibangkitkan ada kewajarannya. sebagai warga Namewee berhak bertanyakan haknya untuk dilayan sama oleh negara dan kerajaan.

Dalam forum semalam lagu Namewee telah menimbulkan perbahasan ideologi tentang pembentukan negara. Hisham atau Sham sebagaimana kepercayaanya yang tercatat dalam tulisan-tulisanya menganut faham ke – 3. Ini menimbukan perdebatan dengan Khalid yang beranggapan kita tidak lagi perlu membina lambang yang baru, sebaliknya yang perlu ialah membina semula faham dan makna lamabang dan elemen terbabit.

Bagi saya yang paling mendesak untuk diubati ialah keresahan Namewee. Soal keadilan pemerintah melayan dia sebagai warga, soal polis dan penjawat awam yang tidak efisyen inilah perkara pokok yang harus diselesaikan.

Lagu Namewee adalah satu lagu patriotik, ia cintakan tanahair tapi kalau ikut bahasa Khalid jaafar, cinta namewee pada negara tidak berbalas, bertepuk sebelah tangan. Ini bukan hanya pada Namewee sahaja tepi juga pada teman-teman generasinya yang sebangsa.

Namun dari reaksi beberapa teman terhadap pandangan kenyataan saya sebelum ini, pendangan ke-2, Namewee patut dihukum kerana beliau telah menghina Islam terutamanya bab azan begitu tebal dalam masyarakat Islam.

tiada penjelasan yang lebih baik dari kata-kata Rastom dibawah:

Saya kira ramai yang marah kerana ada kaitannya dengan agama Islam di mana disebutkan hal azan yang sumbang. Tidak ramai yang ambil kisah perihal sumbang atau tidak azan kecuali orang itu tahu mengenai pitching atau tabaqqoh suara. Kerana telinga Namewee adalah telingan seorang pemuzik, maka sumbangnya suara yang diperkuatkan dengan amplifier itu menyentuh jiwa seni.

Teguran ini elok diambil peduli oleh semua petugas mesjid supaya hanya yang benar benar boleh mengumandangkan azan sahaja yang menjadi bilal. Jika tidak boleh berlagu eloksaja azan secara latar, straightforward tanpa dilagukan. Yang penging kalimat azan bukan lagu. Cuba bayangkan orang yang tidak tahu menyannyi mengumandangkan suaranya di mikrofon.

9 comments Ogos 21, 2007

Bila Sistem Pembesar Suara Di Berkas

Ini mungkin cerita lucu dan kelakar. Tapi hidup ini bulat, maksudnya macam-macam. Mungkin lucu dan mengelikan hati bagi sesetengah orang memberikan perasaan lain yang berlawanan pada sesetangah yang lain.

Sesudah berjayanya program ceramah besar BA di Gombak, Selangor. Ada cerita luar akal biasa memikirkannya. Kita gembira dengan program itu, orang Umno agaknya pasti risau dan kacau. Mungkin mereka lah yang membuat laporan kepada pihak berkuasa, untuk menghalang program tersebut berjalan lancar.

Ini ceritanya, sesudah program sewaktu kerja pengemasan dilakukan, tiba-tiba kira-kira lebih 40 orang anggota polis beruniform dan berpakaian biasa mengepung padang ceramah. Mereka mahu menahan alat PA sistem yang digunakan oleh pihak BA pada malam itu. Saya, Hasmi dan beberapa teman AMK Gombak cepat menyerbu ke padang untuk mengetahui keadaan sebenarnya.

Tidak lama kemudian YDP Pas Gombak Dr Hatta Ramli dan Ketua AMK Shamsul Iskandar sampai bertanyakan kepada pihak polis mengapa tindakan ini diambil. Perundingan berjalan, pihak polis nampak tidak mahu melayan dan asyik mengulang beberapa kalimat, kami hanya menerima arahan, kami hanya ingin memuaskan hati semua orang.

Mereka berjanji tidak mahu menahan pekerja, hanya mahu menanda (marking) setiapa alat untuk bahan bukti. Gila agaknya alat tersebut yang lebih 2 tan beratnya mahu dibuka dan semak. Akhirnya setelah Azmin sampai persetujuan dicapai untuk alat-alat itu dibawa ke balai polis dan sampai tengahari Ahad mereka akan lepaskan.

Ini kerja bodoh dan gila. Mungkin melucukan dan kelakar untuk pihak awam menilai anggota keselamatan, tapi bagi yang terkena memang sedih dan meletihkan. Bayangkan ketika itu ada kes jenayah disekitar, sewaktu polis sibuk ingin memberkas PA sistem, siapa lagi nak disalahkan? Orang Indonesia atau budak tidak bermoral.

Entahlah.

1 comment Ogos 13, 2007

Dari Malaysiakini

Lihat Negarakuku Secara Objektif  (Dari Sidang Media Mingguan Parti Keadilan)

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa agar kontroversi lagu Negaraku yang membabitkan seorang pelajar dari Johor yang kini sedang menuntut di Taiwan, dilihat dari konteks keseluruhannya, daripada terus menyerang dan melabelkan anak muda tersebut sebagai seorang pengkhianat dan musuh negara.Naib Ketua AMK, Amiruddin Shari berkata, AMK melihatnya secara objektif apa yang dilakukan oleh pelajar yang dikenali sebagai Namewee itu “sambil tidak menafikan wujudnya unsur-unsur keterlaluan dan tidak wajar, khususnya penggunaan kata-kata kesat dan kasar”. “Namun begitu, beberapa perkara yang timbul dari bait-bait lirik lagunya itu adalah tanda bahawa anak muda Malaysia mengharapkan sesuatu yang lebih rata dan adil dalam dasar negara,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Tambahnya, sejarah membuktikan bahawa kritikan-kritikan seumpama itu akan sentiasa wujud dalam pemerintahan yang bersikap keras dan mencengkam kebebasan.”Kecurigaan terhadap pasukan polis adalah perkara lumrah di kalangan rakyat Malaysia dan hal ini telah berlarutan semenjak 1998 lagi. “Oleh itu, (penubuhan) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) adalah sangat mendesak untuk dilaksanakan bagi memulihkan kredibiliti pasukan terbabit,” tambahnya.Dialog antara agama

Dalam hal agama pula, katanya, ia menjelaskan kebimbangan AMK selama ini bahawa kegelisahan agama telah berakar jauh dalam masyarakat dan perlunya dialog dan kefahaman antara agama diterapkan dalam masyarakat.
“Kesimpulannya, kami menyeru agar anak muda ini tidak diambil tindakan, sebaliknya kerajaan dan masyarakat harus dengan segera membetulkan kegelisaan Namewee dan generasinya,” tambah Amiruddin. Beliau juga menggesa Namewee menyertai AMK bagi menyediakan platform untuk dia menyuarakan keprihatinannya itu.

Selain itu, kata Amirudin, AMK Batu Gajah juga akan menawarkan bantuan guaman kepada Namewee sekiranya dia berdepan dengan masalah dengan pihak berkuasa apabila pulang nanti. Sementara itu, Bendahari PKR, William Leong yang hadir sama dalam sidang akhbar tersebut berkata, Namewee tidak mengubah lirik lagu Negaraku, tetapi hanya muzik latarbelakangnya sah.

1 comment Ogos 9, 2007

Keracunan Susu Lagi

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius kejadian keracunan di sekolah-sekolah sekitar Malaysia yang berlarutan akibat bekalan makanan dan minuman yang tercemar

Kejadian terbaru dilaporkan semalam membabitkan 60 pelajar Sekolah Kebangsaan Seberang Ketil, Kedah dan 57 pelajar Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kelantan yang dikatakan mengalami keracunan selepas meminum susu yang dibekalkan oleh kerajaan.

Sepanjang tahun ini sahaja, lebih daripada 10 kes keracunan serius yang membabitkan pelajar-pelajar sekolah, yang mana majoriti kes-kes yang dilaporkan adalah lantaran kebersihan susu yang dibekalkan melalui Bekalan Program Susu Sekolah (PSS) kelolaan Kementerian Pelajaran.

PSS dan juga Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dikelola oleh Kementerian terbabit antara lain bertujuan untuk memberikan bekalan makanan kepada pelajar yang lemah dan miskin. Pun begitu, lantaran apa yang berlaku ini, memberi gambaran jelas bahawa wujud simptom sambil lewa dalam penyediaan makanan dan bekalan susu kepada para pelajar.

AMK percaya kejadian yang berulang ini bukan sahaja mendedahkan kelemahan Kementerian Pelajaran atas program ini, justeru mengagalkan usaha untuk memberikan bantuan kepada pelajar yang lemah dan miskin yang memerlukan bantuan makanan atau minuman.

Malah tidak mustahil, wujud kebarangkalian penyelewengan tender yang menyebabkan bekalan-bekalan tamat tempoh terus disalurkan kepada para pelajar, lantas mengakibatkan keracunan makanan yang serius di kalangan mereka.

Meskipun ada jaminan bahawa kerajaan melalui Kementerian yang berkenaan untuk meningkatkan pemantauan terhadap kebersihan makanan di sekolah-sekolah, AMK mendesak pihak berkenaan agar mendedahkan syarikat-syarikat yang bertangungjawab seterusnya mengantung sementera kontrak membekal susu kesihatan yang dihantarkan ke sekolah.
Tindakan yang lebih serius perlu diambil demi menjamin persekitaran pembelajaran yang kondusif di sekolah, tanpa wujud elemen-elemen yang menyebabkan ia terganggu secara serius.

Amirudin Shari
Naib Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Add comment Ogos 8, 2007

Khairi Yang Terpasung Minda

Minggu lalu Khairy secara tiba-tiba menyerang Anwar lagi.

Kali ini Naib Ketua Pemuda Umno itu menuduh Anwar dan Parti Keadilan Rakyat sebagai pengkhianat bangsa melayu kerana mencadangkan agar Dasar Ekonomi Baru (DEB) digantikan dengan dasar yang lebih inklusif dan adil. Beliau juga mengaitkan hal tersebut dengan agenda Yahudi dan Amerika.

Pengkhinat Melayu dan agenda Yahudi- Amerika, adalah dua yang terpisah, namun ia telah diadunkan menjadi satu cerita yang nampak bersangkutan.

Di negeri kita nampaknya Amerika dan Yahudi jadi anjalan yang paling kukuh menyerang lawan. Malahan juga boleh dijadikan alasan untuk berbuat sesuatu.Membeli senjata, bersifat rasis, anti kebebasan, anti intelektual, politik wang, ISA dan OSA semuanya boleh dikaitkan dengan Amerika dan Yahudi.

Minyak naik, harga tol naik, harga barang naik, indeks rasuah naik dan indeks jenayah naik hinggalah bocor dan retak semuanya juga boleh dikaitkan perancangan Yahudi-Amerika.

Yahudi – Amerika ini akan terus jadi alasan, mungkin sebagai menutup sesuatu kegagalan, penyelewengan dan  juga sebagai mainan sentimen setelah gagal berhujah. Akal sihat  telah di pijak-pijak, digantikan dengan cerita hantu macam Zam.

Kalau nak tahu siapa pengkhianat melayu Pemuda Umno dan BN mari lihat beberapa kenyataan ini yang terurai dalam pembentangan Tan Sri Khalid Ibrahim, dalam konvensyen Hari keadilan Rakyat, Sabtu lalu.

1. PJurang ekonomi antara yang kaya dan miskin dalam sesuatu kaum, khususnya  melayu telah semakin menjauh.

2. Segelintir  elit politik dan perniagaan melayu telah menguasai kek ekonomi dengan banyak dan golongan rendah yang mewakili majoriti hanya diperuntukan saki baki kemewahan negara.

3. Begitu juga dalam konteks keseluruhan dalam negara, menunjukkan trend yang sama. Perangkaan 2002 menunjukkan 51 % pendapatan negara telah dikuasai oleh kira-kira 20% rakyat yang mewakili elit perniagaan dan politik negara. Jelas sebahagian daripada mereka adalah individu dalam parti politik pemerintah. Manakala 40 % rakyat yang mewakili golongan terendah terpaksa berkongsi hanya  13.5 % pendapatan negara.

Saya percaya ramai rakyat telah mula buka mata, khususnya golongan muda telah lebih cerah melihat realiti kedudukan sebenar ekonomi negara dan jelas siapa yang khianat kepada bangsa dan rakyat keseluruhannya.


1 comment Ogos 6, 2007

Sambutan Hari Keadilan Rakyat

Pimpinan parti keadilan di semua peringkat dijangka akan hadir beramai-ramai ke konvensyen pilihanraya Parti keadilan Rakyat, yang akan berlangsung di Anjung Rahmat, Gombak , 4 Ogos 2007

Konvensyen ini juga diatur bersama sambutan ulang tahun ke-4 Parti Keadilan Rakyat dibentuk, hasil gabungan antara Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia pada 2003.

Kepada sidang perwakilan sila klik pada peta lokasi konvensyen dibawah, untuk lebih jelas ke arah tempat konvensyen.

selamat berkonvensyen semoga sasaran kita dapat dicapai.

peta-konvensyen.jpg

Add comment Ogos 2, 2007


 

Ogos 2007
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Kiriman Terbaru