Archive for Julai 2007

Utusan Malaysia Sebagai Aparat Pembodohan

Utusan Malaysia telah sesat dan kini menyesatkan pula.

Ia mempunyai latar yang gemilang. Perjuangan kemerdekaan salah satu periginya di situ; menyedarkan rakyat peri pentingnya kemerdekaan bagi setiap insan — dari terus hidup menjadi hamba orang luar yang mengaut kekayaan tanahair dan memperbudak rakyat. Namun hari ini ia tidak lebih dari sekadar jadi perkakas untuk mengekalkan kuasa dan pemerintahan Umno-BN melalui proses pembodohan rakyat, justeru mengajar masyarakat senantiasa melihat kebenaran itu milik yang berkuasa.

Benarlah rintihan Said Zahari dan teman-teman Kesatuan Pekerja akhbar terbabit pada tanggal 21 Julai di tahun 61, membantah tindakan Umno untuk menguasai akhbar tersebut. Mogok tersebut menentang Dasar 4 yang digubah sempena penguasaan Umno pada akhbar tersebut:-

1. Memberi sokongan penuh kepada parti yang memerintah, kerana itu lebih menguntungkan dari segi perniagaan.

2. Menyiarkan berita-berita yang benar tetapi membatasi kepala-kepala berita kepada parti-parti lain.

3. Menyiarkan lebih banyak kepala berita yang besar mengenai menteri-menteri PERIKATAN dan dasar-dasarnya.

4. Menyokong perbuatan PERIKATAN dan mengkritik secara membina akan perbuatan buruk PERIKATAN.
(Buku Rujukan: ” Meniti Lautan Gelora – Sebuah Memoir Politik oleh Said Zahari.”)

Makanya hari ini ia tidak berhenti, pada dasar itu sahaja. Utusan telah lebih menghinakan dirinya bila menjadi hanya alat propaganda Umno-BN, yang tidak mampu menerbitkan akhbarnya sendiri. Laporan yang senantiasa mereng, tidak bebas malahan menyembunyikan sesuatu untuk kepentingan kedudukan ketua pengarangnya.

Kalau Said berasa tidak betah dengan cadangan hanya menyebarkan berita PERIKATAN yang sekarang namanya BN, dia akan jadi mual lihat bagaimana berita, analisa, hinggalah rencana pengarang yang tidak releven.

Keluaran akhbar ini pada Rabu (18 Julai 2007), sebagai kesimpulan dentuman keras dan bertalu-talu, berita orang itu – ini keluar Parti keadilan Rakyat, maka artikel pengarangnya menganggap bahawa parti yang ditubuh 1999 ini semakin tidak releven kerana; matlamat perjuangan hanya untuk individu dan tanda-tandanya adalah gerakan orang keluar beramai-ramai, ketidak setujuan pada arahan pemimpin dan mempersoal tindakan pimpinan, juga diselitkan berita PKR Sabah tolak Anwar sebagai bukti yang masih panas dan terkini.

Membingkai Parti Keadilan sebagai parti memperjuang individu adalah satu penerusan proganda BN, khususnya Umno yang tidak dapat menerima hakikat wujudnya sebuah perkumpulan semua bangsa yang boleh berbeza tapi mempunyai matlamat yang satu, Malaysia yang lebih adil dan bebas seperti Parti keadilan. Rakyat yang tersentak betapa perlunya kebebasan dan keadilan hanyalah akan menendang hegemoni Umno-BN, yang selama ini membentuk minda masyarakat agar memenuhkan dahulu keperluan lahiriah dan sentimental.

K ebebasan dan keadilan adalah perkara yang bukan asasi dan aulawiyatnya mungkin jatuh nombor 3 dalam minda Um,no-BN, selepas memperoleh makan-minum-jalan-tiang lampu dan bangsa kita mengapai gemilang, barulah boleh kita bicara soal demokrasi, kebebasan, dan hak. Sebaliknya Parti Keadilan lain pula halnya, tetap memilih keperluan memenuhi lahiriah ini bersama kondisi bebas, demokratik dan hak asasi manusia terbela.

Kalimat parti serpihan adalah jelas kurang tepat kerana ahli-ahli Parti Keadilan, tidak datang semuanya dari Umno, Syed Husin Ali tidak pernah sepanjang hayatnya menganggotai Umno, begitu juga Tian Chua, Khalid Jaafar, Dato` Adlan Yeop dan banyak lagi yang tak terhitungkan jumlahnya.

Lebih sedih lagi gejala berlebih-lebih dalam laporan, seperti kes ‘PKR Sabah’ yang sebenarnya hanya melibatkan seorang anggota, yang tidak puas hati.

S etelah lebih 40 tahun Utusan di cekup Umno, nyata kini, telah menjadi alat membodohkan, khususnya kepada pembacanya yang majoriti Melayu, dengan membuang agenda asas akhbar; sebagai saluran informasi, merungkai permasalahan rakyat, membijakkan pembaca dengan satu alasan, mengekalkan Umno atau lebih tepat pemegang jawatan-jawatan utama terus bisa dapat gaji dan hidup senang.

Tiga hari sebelum ulang tahun peristiwa Mogok Utusan, ternyata kebimbangan Said Zahari harus kembali diusap oleh mereka yang masih ada sisa semangat wartawan tulen.

6 comments Julai 19, 2007

Kenapa Mereka Keluar ?

 

Musim durian kali ini, diringgi berita beberapa bekas pimpinan Parti Keadilan Rakyat  (PKR) keluar parti. Bersorak sorai utusan mengeluarkan berita, mereka di sana, mereka di sini keluar parti dengan alasan; parti hilang perjuangan dan pimpinan terutama Anwar Ibrahim tidak menghargai perjuangan ‘orang bawah’ dengan tidak menyelesaikan perselisihan pimpinan atasan. Suka saya membelek-belek alasan mereka.

Alasan pertama mereka, Parti Keadilan, hilang landasan, nilai dan semangat perjuangan, ini alasan yang paling  biasa dan ‘klise’ untuk mereka yang keluar parti. Kalau landasan perjuangan PKR tidak sama dan selari dengan Umno dan parti-parti konvensional Malaysia itu betul. Namun mengatakan landasan perjuangan reformasi PKR yang bermunculan sejak 1998 telah hilang, ia merupakan satu hemtam kromo yang hanya sedap didengar. Parti keadilan jelas dalam setiap dasar dan isu  masih lagi tekal dan segar memperjuangkan reformasi dan perubahan di semua peringkat. Membenteras Rasuah, menegakkan keadilan, pembelaan rakyat terbanyak,  itu semua masih kukuh disuarakan di mana-mana tempat.

Malahan PKR mula menyuarakan agenda ekonomi yang lebih manusiawi dan setara buat semua, sejak setahun ini, oleh PKR dan pimpinannya, bagi mengantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah menyeret Malaysia ke arena negara penuh prejudis dan kalah dipertarungan global.  

Pertanyaan seharusnya di lontarkan semula ke muka mereka yang bercakap soal nilai dan landasan perjuangan ini, apa misi dan landasan perjuangan mereka maksudkan? dan apa erti perjuangan mereka, sebenarnya.  

PKR sejak dari Parti keadilan nasional lagi telah tegas menolak politik assabiyah, menolak taklid buta pimpinan yang mahukan 100 % kesetiaan,  sehingga semua kata-katanya ketua, idola dan pimpinan ibarat wahyu.   

Ternyata sebahagian besar yang keluar ”enggeh” (bhs jawa- angguk atau setuju), kepada Ezam bahawa Anwar tidak menyelesaikan masalah kepimpinan parti iaitu, pertelingkahannya dengan Azmin. Inilah perkara dasar, yang sering dilaungkan-laungkan. Pada saya ini bukan hal dasar, ini hal pribadi yang cuba diangkat-angkat menjadi masalah negara.  

Oleh itu apa alasan lagi, lebih baik berterus terang, kami tidak dapat terima politik inklusif keadilan, kami lebih suka politik ketat perkauman, dan politik yang orang bawah nya setia 100 % pada pimpinan, sehingga semua boleh diatur, diatur, diatur dan nyenyak tidur.

Atau sebenarnya sebahagian mereka kecewa kerana gagal dalam pemilihan, saya berdoa jangan ada kiranya sebahagian mereka terdiri dari golongan itu?Oleh itu suka juga bertanya kembali kepada mereka,  apa makna reformasi dalam fikiran mereka? 

Jelas alasan mereka tampak koyak rabak, haru biru dan centang peranang.

Namun dalam sorak sorai keluar itu Parti Keadilan terus rancak dengan programnya, Baru-baru ini dalam latihan pilihanraya anjuran AMK di Kelantan, sambutan amat baik dan mereka bergitu bersemangat untuk bekerja dan bertugas memenangkan PKR dan gabungan pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Paling menarik Selangor yang dikatakan sebagai negeri paling kuat digempur, oleh Ezam dan loyalisnya, menghantar peserta paling ramai, lebih kurang 30 orang, untuk kursus dan latihan tersebut. Semasa sessi dengan Anwar Ibrahim, ternyata soalan dan komentar lebih menjurus ke arah gerak kerja pilihanraya dan misi pilihanraya. Tidak lagi menyusul soal remeh temeh persaingan dalam parti.  

Hari ini sekali lagi sorak-sorai di Utusan Malaysia, Najib menjangka detik-detik kehancuran PKR akibat berita – berita ramai keluar parti, tersebut. Kepada Najib, jawab dulu lingkaran kontroversi yang mengelilinggi kamu dan ingatkah kamu jeritan rakyat di Ijok…Altantunya-Altantunya – Mongolia – Mongolia.

Add comment Julai 13, 2007

Mitos Ezam

Agak lama tidak menulis, telah terasa sedikit bahang tanggungjawab politik yang diamanahkan; terlalu sibuk akibat banyak acara dan pertemuan harus di penuhkan lebih-lebih lagi dengan tangungjawab baru dalam politik, selepas Mei lalu.

Bercerita soal politik parti Keadilan Rakyat tidak puas kalau tak bicara seorang tokoh yang telah mencipta riak dan angin juga tidak ketinggalan menjelmakan mitos dan lagenda.

Ezam, yang telah dimitoskan dan beliau juga telah memitoskan Anwar Ibrahim. Sekarang seolah-olah beliau sedang melawan apa yang sering dimitoskan dahulu, sekaligus menolak mitos yang dilagendakan pada dirinya dan teman-teman lain yang ditahan dengan kejam bawah ISA.

Selepas 2001, Ezam dan lain ditahan 2 tahun dibawah undang-undang drakonian ISA, maka gerakan reformasi mula kendur, pertemuan ramai yang disusun tidak berapa mengalakkan, kempen melemah dan semakin pudar.

Maka bermunculan beberapa tahayul yang bertebaran bahawa jika Ezam dan teman-teman hadir masalah ini tidak berlaku. Gerakan akan memuncak, rakyat rela menyerahkan kudrat, fikiran, dan keupayaan mereka. Kepercayaan terbabit sejalur sebenaranya dengan anggapan jika Anwar tidak duduk di penjara, pasti gerakan rakyat kembali memuncak.

2003 Ezam dan teman-teman keluar, selepas itu 2004 Anwar bebas. Sehingga hari ini gerakan pembangkang bergerak perlahan. Ada kemajuan, tapi minat rakyat tidak tertunjukkan umpama tahun 1999-2001 dahulu. Namun dari segi perkembangan normal Keadilan, sememang bergerak dengan menarik banyak muka baru yang kredibel. Jeffrey Kitingan, Dr Zainal Abidin Ahmad, Dato` Nahalan dan banyak lagi pertambahan ahli diperingkat bawahan yang bergerak. Dari segi organisasinya memang ini memantapkan. Hanya mereka yang tidak boleh bekerja secara perlahan-lahan, marathon atau kasarnya disebut gelojoh merasa dukacita. 1998-1999 sampai 2001 tidak boleh lagi sebagai satu-satunya ukuran.   

Tahyul dan kepercayaan mula luntur, memang ini bahayanya jika kita percayakan banyak perkara tahyul dan tak nampak dimata. Akibatnya fikiran pusing, lalu tingkah pun jadi tak karuan.

Kerana itu perlunya pencerahan, yang mengajak kita berfikir secara waras dan logik. Agar mitos dan lagenda yang lazimnya dijadikan bahan memuja muji individu atau kelompok dialih kepada akal sehat yang pasti dihargai satu hari ini. Lupakah kita pada Galileo Galili   

  

Add comment Julai 4, 2007


 

Julai 2007
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Kiriman Terbaru