kalimat zaman

Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Protes gagal, Najib ?

Ini lah sedikit wajah perhimpunan yang dikatakan gagal, oleh Najib Razak. Tidak ketinggalan, perhimpunan ini telah di bingkai oleh media arus perdana sebagai tercemar dengan aksi tidak sopan, penyanyi carburator dunk, yang sedikit menimbul kekecohan.

Mengapakah sedikit kesilapan teknikal yang telah diakui oleh secara bertanggungjawap oleh Hishamudin Rais sambil menitiskan air mata petang tersebut, menjadi topik besar sehingga beberapa hari di giat gempur oleh media BN ?, disusuli kemudiannya dengan kapsyen-kapsyen terpilih dari pimpinan Pas terutamanya. Inilah modus operandi mengalih perhatian dan ingatan rakyat terhadap isu pokok perhimpunan tersebut, dan langsung di hubungkan dengan kenyataan Najib : Perhimpunan tersebut gagal. 8 Mac membuktikan rakyat tidak lupa dengan kemungkaran ekonomi, politik dan sosial BN. Saya pasti kali ini tetap tidak lupa.

Hal tersebut menjadi senjata buat BN menutup isu sebenar; rakyat marah dengan kenaikan harga minyak. Jelas dan nyata, insiden beberapa minit petang tersebut tidak menyebab mereka lupa dan mahupun melelapkan kemarahan  pada BN yang bertindak menaikkan harga minyak dengan menggila.

Pada saya, perilaku artis tersebut memang salah, dan lebih teruk kesalahan (boleh dikatakan vulgur) bagi pihak media yang cuba menutup kemarahan rakyat dengan insiden tersebut. Menutup kemarahan tersebut hanyalah memberi gambaran palsu keadaan sebenar negara dan menyebabkan kita terus dipaparkan oleh khayalan PM dan TPM. Khayalan……macam - macam khayalan, liwat pun mungkin salah satunya

6 DIkirim oleh amirsari | Politik | | Tiada Komen

Peguam: Akuan berkanun Bala dibuat secara sukarela

Malaysiakini.com

Peguam Americk Singh Sidhu menafikan bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat akuan berkanun secara paksa.

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Americk berkata, akuan berkanun Balasubramaniam yang difailkan pada 1 Julai lalu, dibuat secara sukarela.

Awal hari ini, Balasubramaniam telah menarik balik akuan berkanun yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam berkata beliau membuat kenyataan tersebut secara paksa. Beliau bagaimanapun, tidak mendedahkan siapakah yang memaksanya menandatangani akuan bersumpah tersebut.

Ekoran itu, Balasubramaniam hari ini membuat akuan berkanun yang baru tanpa sebarang rujukan mengenai Najib.

Sebelum ini, Americk memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak tahu mengenai tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah tersebut pagi tadi.

Katanya, kali terakhir beliau bertemu dengan pelanggannya itu ialah pada jam 4.45 pagi semalam selepas menghantarnya ke balai polis Brickfields.

Balasumbramaniam diwakili penguam baru pagi ini.

Dalam sidang akhbar petang ini, Americk berkata beliau bertemu dengan Balasumbramaniam dua bulan lalu.

7 DIkirim oleh amirsari | Uncategorized | | 1 Komen

Dari Malaysiakini: Polis Siasat Kedua-Dua Pengakuan Berkanun Bala

Polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam walaupun beliau menarik balik tuduhan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyiasat akuan bersumpah yang dibuat oleh Balasubramaniam pada 1 Julai lalu dan begitu juga terhadap akuan bersumpah yang bertarikh hari ini.

“Polis akan siasat kedua-duanya. Yang semalam kita siasat dan yang ditarik (balik) hari ini juga kita siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Balasubramaniam, yang juga saksi dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, semalam mengedarkan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai yang mengandungi beberapa butiran yang didakwanya menunjukkan hubungan awal antara Altantuya dan Najib.

Bagaimanapun dalam akuan bersumpahnya bertarikh hari ini, Balasubramaniam menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpahnya sebelum ini.

Ismail berkata polis akan tetap menyiasat akuan bersumpah pertama Balasubramaniam kerana beliau (Balasubramaniam) mungkin mempunyai niat yang terselindung.

“Mungkin ada niat untuk mengaburi mata orang ramai, jadi kita kena siasat keseluruhannya,” katanya.

Najib dalam sidang akhbar semalam, sekali lagi menegaskan yang beliau tidak pernah mengenali Altantuya dan menyifatkan tuduhan mengaitkan beliau dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh itu sebagai “pembohongan dahsyat”.

Najib menegaskan cubaan terbaru itu untuk mengaitkan beliau dengan jenayah itu adalah “rekaan semata-mata, berniat jahat dan berunsur fitnah untuk mencemarkan imejnya.”

5 DIkirim oleh amirsari | Politik | | 1 Komen

Flip Flop Najib

Iklan C4 Terkelas
Para pelajar IPT yang gagal atau tidak layak menerima sebarang BIASISWA
diminta terus ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk membuat PERMOHONAN GERENTI BERES.
Malah yang telah dibuang universiti pun layak memohon.
(Jangan lupa untuk bergambar di foyer pejabat TPM)

CONFESSION OF A TPM
B4 SD Bala …si Saiful datang berjumpa saya kira-kira TIGA bulan lalu mohon biasiswa….
Afer SD Bala…si Saiful datang berjumpa saya kira-kira TIGA hari sebelum buat repot polis…

(dari marhaendaily.net)

5 DIkirim oleh amirsari | Uncategorized | | 1 Komen

Ezam lepas ini kita panggil ZAM

gambar di stadium malawati

ribuan di stadium Malawati

4 hari selepas Ahad yang membinggungkan, Anwar, mulakan langkah tampil ke umum menjelaskan hal tuduhan liwat yang telah dibuat oleh bekas pegawai kepada pembantunya. lebih 15 ribu semalam di stadium Malawati membuktikan rakyat mahukan penjelasan sendiri Anwar dan curiga dengan penjelasan rasmi kerajaan BN.

Saya melihat tuduhan baru terhadap Anwar, bukan sahaja menunjukkan krisis kenegaraan kita masih terus berlangsung, tetapi elemen-elemen pembodohan yang tertonjol-tonjol dari Umno.

Beberapa menteri dan orang yang berangan-angan nak jadi menteri mahu pun timbalan menteri hadir di muka media membuat komen dan penjelasan. Syed hamid nampak menonjol, amat sesuai dengan portfolionya sebagai Menteri Dalam Negeri. Kali ini dia cuba menyakinkan Anwar dan semua pihak tidak ada yang perlu dibimbangkan dengan sistem polis dan undang-undang negara. Malahan beberapa yang lain termasuk menteri penerangan (saya lebih senang panggil beliau menteri propaganda) menyatakan Anwar tidak perlu bimbang dan takut kalau tidak salah.

Ini permainan kata biasa untuk menyakinkan orang ramai, yang nyata mereka nampaknya buta sejarah dengan apa yang telah terjadi pada Anwar dan pengakuan beberapa tahanan ISA seperti Malek Hussin. Amat malang mereka rela dilihat bodoh untuk mempertahankan sistem keselamatan negara yang cuba digunakan untuk mempertahankan kuasa politik sekelompok manusia yang rakus dan kejam. Orang seperti Syed Hamid dan Shabery, telah dijadikan alat untuk memastikan rakyat terus percaya kepada kebobrokkan. Dimana mereka ketika kes mata lebam Anwar dan aduan beberapa yang lain melaporkan penderaan yang boleh mengakibatkan kematian semasa 1998. Orang seperti Shabery dan Syed Hamid ternyta membisu dan diam kerana bimbang kedudukan mereka terjejas dan musnah. Kisah ini mendedahkan siapa yang sebenarnya penakut dan tidak mampu berpegang pada prinsip.

Saya pasti bila negara luar bersuara termasuk US, maka dengan segera sentimen anti-Amerika, digembeling untuk menutup pekung yang melanda.

Saya tidak hairan dengan kenyataan pimpinan Umno kerana sistem parti itu memang menjadikan pimpinannya gembira untuk menunjukkan kebodohannya. Termasuk Khairi Jamaludin yang berkelulusan luar negara, dan pernah dikatakan membawa arus baru dalam Umno, telah menyambung tradisi menunjuk - nunjuk kecetekan akal bila mengubah suai (tanpa kebenaran mungkin) skrip Dr Mahathir untuk menutup kes ini.

Namun yang benar-benar saya percaya Umno paling mujarab menjadi kawah kebodohan ialah bila Ezam Md Nor, yang baru menyertai Umno dari Gerak, difahamkan menyebut, agar pertuduhan liwat ini sebagai masalah jenayah dan tidak wajar dipolitikkan. Baru beberapa hari masuk gelanggang Umno semula, Ezam telah menampakkan ciri-ciri kebodohan yang agak kritikal. Kalau begitu kes-kes rasuah semua yang dilaporkan oleh beliau selama ini pun jangan lah dipolitikkan. Apakah beliau lupa dengan pengalamannya dan Anwar yang di fitnah sebelum ini. Apakah ini petanda virus kebodohan telah begitu cepat merebak dalam diri Ezam. Ataupun adakah Ezam ada terlibat dengan drama ulang cetak kali ini ? kalau terlibat ternyatalah dia memang ahli politik hutan, yang rela buat apa sahaja asalkan lawannya sekarang musnah, semua yang dilakukan halal kerana politik. Sejarah menuliskan begitu, ini agaknya prinsip Islam yang dijadikan alasan untuk masuka Umno, agaknya lah.

Nampaknya Ezam beberapa bulan lagi elok juga kalau kita panggil ZAM.

7 DIkirim oleh amirsari | Politik | | 1 Komen

Krisis Kenegaraan

Maka beberapa hari ini timbulah dakwaan baru ke atas Anwar Ibrahim. Pelbagai kecurigaan menimbul dan tertonjol. Pak Lah mengambil sikap lepas tangan, Najib menafikan, Khairi buat komen terbodoh dalam semua komen, Rais Yatim dan Syed Hamid mengambil jalur seolah-olah menjadi jurucakap kerajaan Turki.

Ini jelas petanda pemerintahan BN semakin terdesak seperti yang telah disembelih, mengelempar, menaji siapa sahaja didepan mata, hingga sanggup menjadikan aspek-aspek penting berpotensi digunakan sewenang-wenangnya.

Kita masih lagi luka dengan krisis kenegaraan 1998, dan jika episod ini berulang, masa depan negara berada dipinggir bahaya.

Hati tertanya-tanya juga mana sebahagian kawan yang mutar balik ke Umno dengan alasan prinsip Islam dan prinsip perjuangan reformasi. Reformasi apa, reformasi palsu…. ini jelas mereka yang berpolitik dengan hukum hutan. Politics of the jungle

Malam ini di stadium Malawati, buat pertama kalinya Anwar akan menjelas kepada umum apa yang tersembunyi,

4 DIkirim oleh amirsari | Politik | | Tiada Komen

100 Hari Yang Berlalu

Maka 100 hari telah berlalu. Tidak pasti mengapa angka 100 hari ditilik dan di uar-uarkan sebagai detik penentu kepada sesuatu yang baru, di negeri kita, sudah pasti kerajaan baru kendalian Pakatan Rakyat seperti di Selangor dan negeri-negeri selain Kelantan menjadi perhatian dan cerapan. Entah apa akar pertimbangan yang diguna pakai untuk meletakkan 100 hari sebagai kayu ukur sejauh mana kejayaan pentadbiran kerajaan baru menterjemah prinsip dan dasarnya.

Kita anggaplah 100 hari itu telah jadi suatu kepercayaan yang betul.  Dan mari kita membuka ruang perhatian, 100 hari ini bukan hanya untuk Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang sahaja kerana semua negeri sebenarnya turut patut menerima beban 100 hari.

Pasti ada yang menelah ,kerajaan BN tidak perlu ditimbangkan rekod pencapaiannya kerana mereka terpilih atas kepercayaan rakyat dalam pilihanraya umum lepas atas rekod dan garis perjuangan pembangunan-binaan yang dipercayainya. Justeru yang lama itu akan tetap berlangsung sebagaimana biasa dan tidak perlu dinilai. Ini salah. Apa alasan untuk membiarkan sesuatu yang lama dan usang seperti prinsip dan dasar BN berlangsung tanpa dinilai dan diperiksa. Membiarkan sesuatu yang lama tanpa diperiksa adalah bahaya kerana menerbitkan keselesaan (complacent) yang ternyata membuat ramai pihak sebelum ini terkalah dan tunduk akibat tidak mampu menyerap perubahan, apatah lagi politik yang sentiasa dinamik dan berubah-ubah. 

8 Mac 2008, yang dilabel hari tsunami politik bagi BN telah menggiring mereka kepada tempo politik yang selama ini di canangkan oleh Pakatan Rakyat. Kabinet baru pimpinan Abdulah Badawi, di label sebagai kabinet reformasi oleh beberapa media melambangkan adanya cubaan menghiasi pentadbiran penggal ke 12 Kerajaan Persekutuan memenuhi kehendak arus politik reformasi yang meletakkan garis mulia seperti kebebasan, keadilan, prihatin kepentingan rakyat, bersih dan telus.

Menurut khabar arus perdana, gincu dan bedak pewangi reformasi ini turut telah menarik Ezam dan 5-6 orang bekas anggota Parti Keadilan yang sebahagianya telah putar balik ke Umno sejak 2004 lagi untuk bersama pentadbiran Pak Lah.

Selanjutnya menjadikan Ezam menjadi askar prebet berani tempur baru Umno menghadapi arus perubahan yang melanda negara sejak 8 Mac lalu. Lebih spesifik menghadapi Anwar Ibrahim yang jelas lebih berwibawa dan bertenaga jika dibandingkan dengan Pak Lah mahupun Najib. Tidak memeranjatkan  jika diurut serangan-serangan Ezam hanya bertumpu dalam soal merendah-merendahkan keupayaan Anwar Ibrahim tanpa membuka perdebatan prinsip perjuangan dan idea perjuangan. Memang beliau kerap menyebut prinsip perjuangan sebagai alasan menyertai Umno, namun ia tidak disertai dengan hujah dan sering terlontar dalam bentuk retorika yang memang sebati dengan penampilan beliau.

Mampukah Ezam menjadi alat yang terbaik untuk melindunggi kelemahan Paklah dan ke bobrokkan prinsip perjuangan BN ? masih awal dan terlalu jauh lagi perjalanan yang perlu diulas panjang selepas ini. 

Oleh itu, mari kita menelusuri 100 hari pentadbiran Pakatan yang tidak boleh lagi diasingkan dengan 100 hari pentadbiran BN. Semua pihak tidak dinafikan berusaha untuk membuktikan mereka berkualiti dan berwibawa. Pak Lah telah melepaskan sedikit tali cengkaman Badan Pencegah Rasuah (BPR) dengan pengumuman badan tersebut sebagai badan bebas dalam bentuk suruhanjaya. Namun sejarah Pak Lah memang sering menubuhkan suruhanjaya termasuh Suruhanjaya Penambahbaikan Polis yang masih terlalu banyak tidak dilaksanakan. Lagipun BPR masih lagi tidak bebas sepenuhnya dengan tidak lagi bertanggungjawab terus kepada Parlimen. Bagi negeri-negeri Pakatan pula telah menunjukkan usaha mengurangkan potensi rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran. Paling kurang  negeri Selangor dan Pulau Pinang telah mengumumkan tiada kontrak yang dianugerah secara langsung dalam urusan kerajaan negeri. Hal ini telah membuka ruang pimpinan Umno untuk memutar-mutar penghapusan DEB untuk membakar sentimen perkauman.

Di negeri Selangor 100 hari pentadbiran Pakatan kita umumkan beberapa langkah yang pro rakyat seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan 20 liter padu air percuma bagi rumah persendirian. Di peringkat pusat BN naikan minyak 78 sen bagi petrol dan 1 ringgit bagi diesel yang menyebabkan harga barang dan perkhidmatan melambung naik. 

Apa lagi, yang hendak dipertahankan BN, usaha reformasi separuh jalan, beban rakyat terus menimbun. Prinsip apa lagi yang diperjuangkan oleh mereka sehingga menarik orang, selain fulus mungkin.   

 

12 DIkirim oleh amirsari | Uncategorized | | Tiada Komen

Artikel Malaysian Insider: Politician who believe in public service

KUALA LUMPUR, June 2 – Amirudin Shari, the PKR assemblyman for Batu Caves, is as unlikely a politician as one will meet among the new, eclectic breed that have surfaced after the March 8 polls. The self-styled thinker type of political activist believes that a government is “a necessary evil.”

Average in height and weight, the somewhat bookish man seemed, at first glance, to fit in an academic setting more than the exciting, riotous arena of present day politics.

When met in his tiny first floor office in Batu Caves one rainy afternoon, he made frequent references to scholarly articles, such as EA Hayek’s “Individualism: True and False.”

He spoke hesitatingly, not because he is unconvinced of the truth of his own words, but because he is overly conscious of his new elevated role as the spokesman for his constituency. But he is not without passion.

“People empowerment. That’s my first priority. I want to educate the people here on their rights and enhance their understanding of their own power so they can think rationally and won’t get cheated by anyone,” he said.

And that includes his own political party people and state government. “It’s natural for the state (government) to conquer. But people don’t have to let them conquer so easily. Ideally, people must have dialogue with the state. The problem is people have been taught that the ADUN (state assemblyman) and MP have power …and that’s why corruption happens.

“I want society here to be independent, free and civilised,” Amirudin stated quietly but emphatically.

It is a strange occasion to meet a party member who does not seem keen to promote his own party. More than that, Amirudin steadfastly and sincerely believes in the concept of a real democracy, that is, a government that is freely elected by a fully informed and educated people.

Therefore, it seemed too easy to dismiss his words as that of an earnest, idealistic but impractical novice politician. Yet, there was something in his mien that put a stop to that cynical thought.

When Amirudin graduated from Universiti Putra Malaysia with a bachelor’s in human development, he chose to become a journalist with arab-radio.com, a web radio based in Indonesia but which transmitted to Malaysia “so it didn’t have to face the restrictions under Malaysian media laws.”

His first job lasted three months before the company ran out of funds. Thereafter, he joined the Institute for Policy Research (IKD) as a programme coordinator, a position he kept until very recently when he won the state seat in this year’s general elections.

During his four years at IKD, he kept busy with organising debates, seminars, workshops and other projects on human rights, statesmanship and democracy issues involving youth.

From his experience, he has observed that there is a dire need for the government to allow a space for the community to vent its thoughts and thereby enable a healthy and two-way communication to take place.

One way he hopes to tackle that is through sports. Amirudin is also the state deputy chairman of the Malaysian Sports Council.

“I want to strengthen the youth so they can see the thought processes and can create fair conditions in the country so Malays won’t be prejudiced towards the Chinese and the Chinese won’t be prejudiced against the Malays,” he said.

For all the scholarly impression he gives, Amirudin is well-anchored in the many miseries oppressing the urban youth and elderly who live on the fringes of society.

“I’m concerned about their welfare,” expressed a perturbed Amirudin, after expounding on the everyday infrastructural hardships affecting his constituents, which lowers their quality of life and lead to a series of other problems.

Amirudin may be an idealistic novice politician – the March polls was his first time contesting in the general elections and that at a reluctance too – he is not impractical, nor so lost within academia that he is not aware of the realities in the world beyond books, or the prejudices stacked against him.

“I’m young, only 28 years old. There are still two or three people who are cynical of me. People are not confident in me as ADUN,” he noted wearily.

But, he added, he is fortunate and glad that he has his party’s solid backing, which helps drive him forward. “I still have three to four years to prove to them,” he said, referring to his expected duration as an elected assemblyman.

 

11 DIkirim oleh amirsari | Politik | | 1 Komen

Ucapan Adun Batu Caves Membahas Usul Kg Tunku-Kebebasan Itu Fitrah Manusia

Tuan Speaker, Ahli Dewan Yang dikasihi

 

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli dari Kampung Tunku atas cadangan usul bahawa dewan ini mengkritik penahanan ahli dari Kota Alam Shah dan lain-lain di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, serta menyeru Kementerian Dalam Negeri membebaskan para tahanan.

 

Sudah lama kita di Malaysia tidak mengungkapkan satu kata. Satu kata yang samada sudah lama hilang dari bumi bertuah ini, atau kita dengan sengaja tidak mahu mengatakannya. Semenjak dari kemerdekaan, kita berhadapan dengan satu kerajaan yang mempunyai satu cita-cita besar dan angkuh. Cita-cita untuk menyeragamkan bentuk abstrak dari setiap rakyatnya.

 

Apa yang dimaksudkan dengan betuk abstrak dari rakyatnya? Yang dimaksudkan oleh saya ialah setiap tingkah, setiap perilaku, setiap cita-cita dan aspirasi dari setiap seorang rakyat yang berteduh di sebuah negara yang bernama Malaysia. Pemerintah Perikatan yang kemudiannya dikenal sebagai Kerajaan barisan Nasional ini berniat untuk mengawal akal budi rupanya. Ini kerana dari situ terbit keyakinan untuk mahu kepada kebebasan.

 

Akan tetapi ini merupakan angan-angan mereka sahaja.

 

Tuan Speaker dan ahli-ahli Yang Berhormat,

 

Satu kata yang namanya Kebebasan sesungguhnya ada padanya ruh dan jiwa tersendiri. Jadi jangan kita hairan kerana biar pun hilang sudah lama, ia pasti akan datang menjelma kembali. Ia bernyawa untuk memanggil sesiapa yang mahu kepadanya. Kebebasan menggamit-gamit kita kepadanya. Kerana kita dan kebebasan itu adalah satu.

 

Manusia itu fitrahnya mahu kepada kebebasan. Bila dibelenggu, resah keras makhluk yang bernama manusia ini. Bila dibungkam, teriak mengganas ia dan bila dipenjara, yang dicita hanyalah kebebasan. Kita tidak mahu terpenjara, sudah tentu tidak mahu sunyi ketika siang apatah lagi merasa malam memanjang tidak kunjung habis.

 

Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenali sebagai ISA ini merupakan undang-undang warisan dari kolonial yang bertujuan untuk membanteras gerakan komunis. Kemudiannya pada tahun 1960 Kerajaan Malaysia di bawah naungan Perikatan yang kemudiannya dikenal sebagai Barisan Nasional, mengambil bentuk yang ada dari Ordinan Darurat 1948 itu untuk dijelmakan kembali menjadi hantu seram  yang tidak pernah gagal di dalam meragut kebebasan sekian ramai rakyat di negara ini.

 

Sesungguhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri ini adalah musuh nombor wahid untuk rakyat di Malaysia. Ia adalah musuh yang nyata akan kebebasan. Justeru ISA adalah musuh kepada insan semuanya.

 

Tuan Speaker,

 

Saya yakin untuk mengatakan ISA adalah musuh kepada setiap rakyat di negara ini, kerana saya yakin akan karamah insaniah. Saya yakin akan setiap diri manusia itu ada fitrahnya. Yang mengangkatnya untuk memenuhi segala potensi kemanusiannya. Menjadi manusia yang bertindak adil dan saksama.

 

Bukankah di dalam Al-Quran yang mulia itu menegaskan peranan kita sebagai Khalifatullah Fil Ard, sebagai wakil Tuhan, bila saja kita menyebut sebagai wakil Tuhan bukan lah bermaksud berjalan di muka bumi ini dengan kesombongan dan keangkuhan, akan tetapi sebagai wakil yang sedar, dengan rendah diri kemampuannya apatah lagi akan fitrahnya.

 

Apa yang saya bawa ini bukannya sahaja terkandung di dalam tradisi agama Islam sahaja, malah ia diungkapkan juga oleh filasuf zaman Renaisan. Karamah Insaniah yang dikenal pada kurun ke 15 di Kota Florence, dengan izin Tuan Speaker, sebagai Dignity of Man.

 

Maka marilah kita menghimbau ke belakang kurang lebih 500 tahun yang lampau untuk merenung kandungan orasi terkenal yang disampaikan oleh Giovanni Pico dari Mirandola itu. Jika ada lah apa yang dikenal sebagai manifesto zaman Renaisan itu, maka orasi inilah manifesto tersebut.

 

Pico dalam orasi tersebut pada ayatnya yang pertama, “Aku pernah terbaca bahawa Abdullah si Muslim, bila ditanya apakah selayaknya untuk dikagumi dan ditakjubi di atas pentas semesta ini, dia pun menjawab, “tiada yang lebih layak untuk ditakjubi selain dari manusia.”

 

Kita lihat betapa seribu tahun yang lampau Islam sudah pun menegaskan peranan dan status manusia yang bebas kerana itu adalah fitrahnya. Dengan tidak menidakkan fitrahnya, maka kita kembali meletakkan manusia itu ditempat yang selayaknya. Pengerian fitrah yang saya rasa sangat baik untuk kita renungkan, yang saya kutip juga dari orasi tersebut, dengan izin,  To you is granted the power of degrading yourself into the lower forms of life, the beasts, and to you is granted the power, contained in your intellect and judgment, to be reborn into the higher forms, the divine.”

 

Dua tradisi yang menjadi pelantar kepada tamadun dunia, pelantar kepada tamadun Eropah dan Islam mengaku akan tempat manusia dan fitrahnya, dan kita di Malaysia, sudah tentu maksud saya yang di sebelah pemerintah Barisan Nasional cuba untuk menidakkannya. Betapa lucu kenyataan ini.

 

Tuan Speaker,

 

Kegagalan pihak pemerintah Barisan Nasional untuk membuat pertimbangan akan peri pentingnya manusia dan kebebasan sebagai fitrahnya membuatkan mereka tenggelam dengan kerakusan kuasa mereka. Diberi kesempatan yang lama untuk memerintah, kita melihat kerajaan barisan nasional menggunakan segalanya, apa sahaja yang ada untuk memanjangkan tangan-tangan mereka ke dalam ruang yang tidak sepatutnya. Kerajaan ini gagal untuk menunjukkan kekuatan moral yang tinggi, ia tidak mampu untuk bergantung kepada kelebihan dan keutamaan kebaikan, kerana ia tidak mendakap de seperti yang ditegaskan oleh Confucius di dalam Lunyu (Bab 2 ayat 1), “memerintah dengan kebaikan, umpama bintang utara bersemayam di tempatnya, di mana segala bintang mengelilinginya dengan penuh takzim.”

 

Tangan-tangan kerajaan yang paling ampuh sudah tentunya undang-undang. Dan seperti yang kita tahu antara tangan yang paling zalim dan kejam ialah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara. Sudah tentu ruang yang dimaksudkan oleh saya tadi, yang menjadi subjek bagi tangan-tangan kotor kerajaan itu, adalah ruang kebebasan setiap rakyat negara ini. Ruang untuk berbicara, untuk berekspresi dan ruang kepada sebuah kehidupan, yang mana telah dinafikan oleh kerajaan pusat ke atas rakan saya, ahli dari Kota Alam Shah.

 

Sesungguhnya manusia itu dilahirkan bebas. Dan sesungguhnya saya percaya setiap manusia adalah hasil ciptaan Tuhan. Kerana kita hanya tertakluk kepada Tuhan yang mulia, oleh itu kita bebas dari sesama kita sendiri, kerana di antara saya dan saudara dan di antara saya dengan menteri dalam negeri, kita semuanya sama dan setara.

 

Makanya kebebasan datang bersama dengan lahirnya kita ke dunia ini. Kebebasan menjamin kita agar tidak menzalimi diri kita sendiri sebagaimana yang dimaksudkan oleh Al-Quran; zulm al nafs, ingatlah ayat yang berbunyi, “ Kami tidak membuat zalim kepada mereka[ dengan memusnahkan mereka] tetapi sebaliknya merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri” seperti maksud akan ayat 231 surah al baqarah dan surah al talaq ayat 1.

 

Tuan Speaker,

 

Apakah sebenarnya peranan sebuah kerajaan? Bagi saya dan ramai rakan-rakan saya bersetuju, sesungguhnya peranan kerajaan yang paling utama adalah untuk melindungi nyawa, kebebasan dan harta benda setiap rakyatnya.

 

Penggunaan ISA, jelas umpama satu virus yang memakan tiang seri perjalanan asas sebuah perjalanan yang saksama dan adil. Ia menyebabkan sebuah kerajaan mereput, lalu luluh dalam labirin kezaliman.

 

Izinkan saya memberi contoh sejarah buat pengajaran kita semua. Bagaimana sebuah kerajaan penindas di Eropah, rebah dengan kebangkitan rakyat yang dikenal sebagai glorious revolution, dengan izin. Kebangkitan yang korbannya minimal, ketimbang satu lagi revolusi di Perancis sangat bermakna untuk kita renungi. Kita harus bertanya, apa sebenarnya yang mendasari kebangkitan ini di Britain pada abad ke-17.

 

Sedar, faham, rendah diri, dan juga berani menyampaikan makna kebebasan kepada semua rakyat di Britain adalah ciri utama kebangkitan tersebut. John Locke dengan risalahnya yang berjudul, Two Treatises on Government, berjaya membuka mata masyarakat, akan persoalan apakah sebenarnya peranan sebuah kerajaan. Dia menunjukkan betapa kebebasan adalah milik semua, dan peranan kerajaan adalah untuk melindunginya.

 

Tuan Speaker,

 

“Tidak ada kebebasan tanpa kedaulatan undang-undang,” dan nampaknya di negara kita ini, kedua-duanya sudah tidak ada. Kedua-duanya harus berjalan seiring dan tidak boleh terpisah. Kita sering keliru akan makna sebenar kedaulatan undang-undang. Kita harus menggenggam erat maksud dari maksim Latin ini, “Lex injusta non est lex,” undang undang yang tidak adil makanya ia bukannya undang-undang. Maka nya kita semua ahli dewan yang mulia wajib bertanya pada diri kita sendiri, apa adilkah undang-undang yang bernama ISA ini?

 

Ramai dari rakan saya di seberang sana pernah terikut-ikut dan meneriakkan Konsepsi Nilai Asia yang dibawa oleh bekas PM Tun Dr Mahathir. Kununnya apa sahaja yang datang dari barat semuanya tidak betul, kununnya semuanya adalah usaha barat untuk menjajah kembali. Dari demokrasi dan kedaulatan undang-undang semuanya diremehkan.

 

Bila sahaja kita menekankan perihal keutamaan kebebasan, maka akan ada orang yang bingkas bangun dan melenting betapa saya kununnya pro Barat. Apa yang pro Barat nya jika yang saya ingin pertahankan ialah tidak ada tahanan tanpa bicara, tidak akan ada orang yang bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah dan sebuah institusi kehakiman yang bebas dan berani lagi amanah.

 

Sedangkan sebenarnya ia adalah usaha pemerintah BN untuk mengelabui mata rakyat akan tindakan mereka yang ingin terus rakus berkuasa dan menidakkan suara-suara berani yang mencabar mereka. Mereka berselindung di sebalik slogan anti Barat, mereka memainkan sentimen nasionalisme agar rakyat terus menyokong mereka. Mereka ingat rakyat mudah dipermainkan. Tidak, tidak semudah itu. 8hb Mac rakyat menghukum mereka.

 

Rakyat jelek melihat suara ketidaksetujuan diperlekehkan. Rakyat jelek melihat institusi kehakiman dimanipulasikan dan rakyat jelek melihat ketidakadilan di mana-mana. Penangkapan rakan saya dari Kota Alam Shah dengan menggunakan ISA jelas mengesahkan pendapat saya ini. Jika benar ada bukti yang mencukupi, dakwa dia di mahkamah, pastikan hakim yang mengadili benar-benar bebas. Hentikan tahanan tanpa bicara ini!

 

Apa semua ini sangat asing dari tradisi kita? Adakah tradisi ketimuran dan islam itu tidak mempedulikan semua ini? Lupakah kita betapa rakusnya pengadilan yang dibuat puak Kurawa terhadap nasib saudara mereka dari Pandawa? Mahabarata menjadi satu bukti kepada kita bahawa konsep keadilan dan hakim yang adil bukanlah sesuatu yang asing. Biar lah sidang dewan hari ini menjadi medan kurusetre agar keadilan dan kebenaran tertegak.

 

Tuan Speaker,

 

ISA memberikan kuasa kepada individu bernama menteri untuk mencabut kebebasan seseorang, dan tempoh pencabulan kebebasan ini boleh pula dipanjang-panjangkan, tanpa perlu melalui proses pendakwaan dan pengadilan di mahkamah.

 

Bagi mereka yang mempercayai al-Quran menyebut, “jika kamu mengadili, maka hakimilah dengan adil.”

 

Dalam Islam sendiri, pengadilan itu sesuatu yang penting dalam pelaksanaan hukuman.

 

Sekiranya kita menolak pengadilan, maka seolah-olah kita cuba meletakkan diri lebih tinggi daripada Allah, dan sia-sialah kita memulakan sidang dengan membaca doa, kerana sesungguhnya Tuhan sendiri tidak akan memalingkan wajahnya ke dewan yang mulia ini.

 

Tuan Speaker,

 

Minggu lalu, dewan ini dimaklumkan bahawa ahli dari Kota Alam Shah telah pun mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negeri, dan seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Kota Alam Shah telah bersumpah memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

 

Inilah sumpah keramat yang paling mulia di negeri ini. Apa mungkin orang yang telah mengangkat sumpah sebegini, boleh menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman kita ?

 

Adalah sesuatu yang memalukan buat dewan yang mulia ini, apabila seseorang yang telah berikrar dan taat setia untuk menabur bakti kepada negeri yang kita cintai ini terhalang daripada melaksanakan sumpahnya, hanya kerana jasadnya telah dikurung oleh rejim yang  takut kepada seruan kebebasan.

 

Saya bimbang, rakyat biasa yang tidak terlibat dalam pembuatan undang-undang seperti ahli Kota Alam Shah akan berasa mereka terancam, kerana penahanan berterusan Yang Berhormat Manoharan, menunjukkan bahawa sumpah taat setia kepada negeri ini seolah-olah tidak cukup untuk menghalang rejim yang zalim daripada terus mencabuli kebebasan warganya.

 

Tuan Speaker,

 

Biarlah saya mengisytiharkan di dewan yang mulia ini, bahawa gesaan untuk pembebasan para tahanan ISA adalah satu mesej yang jelas kepada seluruh rakyat negeri Selangor, bahawa kami di sini memahami akan rindunya warga terhadap kebebasan.

 

Biarlah harapan dan aspirasi kebebasan ini mengalir deras dari Hulu hingga ke Kuala Selangor; tidak akan ada banjaran yang dapat melenyapkan seruan kebebasan ini; di sepanjang tebing Sungai Gombak dan Sungai Klang, tidak akan ada ceruk yang terlindung daripada sinar kebebasan.

 

Tuan Speaker,

 

Saya mohon menyokong.

 

 

9 DIkirim oleh amirsari | Uncategorized | | Tiada Komen

Sidang Dewan Selangor: Konsep Kemajuan BN Yang Senget

Sidang Dewan Undangan Selangor, lalu memberi ruang yang besar kepada kerajaan baru mengetengahkan pendekatan baru pentadbiran pakatan rakyat.

Sudah pasti sidang terbabit menjadi kayu ukur pertama bagaimana kendalian kerajaan baru. Dalam sidang DUN yang berakhir Isnin lalu, beberapa isu telah diketengahkan oleh YAB Menteri Besar Selangor dari soalan yang dikemukakan oleh ahli dewan. Antara yang paling menyorot liputan ialah hal kecuaian kerajaan dahulu sehingga menyebabkab kerajaan negeri berpotensi besar mengalami kerugian, akibat urusan projek usahasama (JV) secara pawah yang mana perjanjian dibuat tidak menyebelahi kerajaan negeri mahupun rakyat. Hasil RM 36 billion dari nilai projek berkenaan hanya  RM 1 billion yang diberi semula pada kerajaan negeri. Selain itu isu Balkis yang sangat mencolok termasuk perincian perbelanjaan “amal” mereka yang memperuntukan kira-kira RM 150 ribu untuk pakaian sukan yang melibatkan tidak lebih dari 50 peserta. Sedangkan Majlis Sukan Negeri (MSN) dalam menyediakan urusan Sukan Malaysia (Sukma) kali ini hanya menggunakan RM 200 ribu untuk 600 atlit dan pegawai.

Selain itu perbelanjaan yang gelojoh dan tergesa-gesa telah digunakan oleh Adun-Adun BN dengan menggunakan hampir 91% perbelanjaan mereka dalam tempoh 2 bulan, untuk apa lagi klau bukan sebagai gula-gula pilihanraya. Maka apa lagi yang ada dalam sidang Dun, bukan itu sahaja yang telah dibahaskan, dalam riuh rendah hal sensasi tersebut sebenarnya dewan telah membincangkan konsep pembangunan dan kemajuan yang lebih sempurna. BN nampak bertakuk pada karya lama pembangunan yang dinilai pada sejauh mana jalan telah diturap dan lampu jalan yang banyak serta kehadiran televisyen di kampung. Justeru pimpinan BN termasuk Khir Toyo dalam ucapannya masih keliru mengapa mereka ditolak kali ini serta menyalahkan tawaran BA selangor yang dikatakan tidak munasabah.

Dalam ucapan menjunjung titah saya telah cuba menghuraikan konsep pembangunan yang lebih menyeluruh dengan tidak meninggalkan pembangunan spritual, akliah dan pembangunan demokrasi serta kebebsasan juga pembangunan yang tidak meninggalkan golongan muda dan kaum miskin.

Sidang Dewan juga telah meluluskan usul Adun Kampung Tunku, YB Lau Weng San yang mengkritik penggunaan ISA, semua ahli BN tidak hadir, kerana mungkin menganggap hal ini tidak penting untuk dibahaskan dan dibincangkan. Mereka nampak termanggu-manggu namun itulah BN tidak faham dan entah bila akan faham. Oleh itu Khir Toyo pun melalak diluar dewan mengatakan tiada apa pembaharuan dalam sidang Dun Selangor. Kerana dalam kamus pemerintahan mereka memang tiada perkataan demokrasi, kebebasan dan maruh harga diri insan. Dalam pada itu masih ada lagi bekas kawan yang nak masuk Umno. Sebab dendam dan benci ….entahlah ramai sungguh Judas.          

6 DIkirim oleh amirsari | Uncategorized | | Tiada Komen